Boon Siew Honda merupakan sebuah syarikat Malaysia yang
dilesenkan untuk memasang, mengedar dan menjual model-model motosikal Honda di Malaysia.
Ia diasaskan oleh Tan Sri Dato' Loh Boon Siew pada tahun
1958.
Tan
Sri Dato' Loh Boon Siew 1915-1995 juga dikenali sebagai “Mr
Honda” merupakan jutawan Pulau Pinang dan
pengasas Boon Siew Honda.
Beliau
dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau bekerja
sebagai pengutip najis haiwan sebagai baja
pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan
keluarganya.
Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang
untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya
bekerja di sebuah kedai mekanik (bergaji RM3/sebulan) dan dia menambah
pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.
Ketika berusia 18 tahun, beliau membeli 11 unit bas
pertamanya dengan menggunakan simpanan sebanyak RM2,000. Kemudiannya dia
membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil perniagaanya
dirampas oleh tentera Jepun seawktu Perang Dunia II. Beliau tidak
berputus asa, selepas tahun 1945 setelah Jepun kalah, beliau membuka perniagaan
dengan menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian mengembangkan
perniagaannya dengan menjual kereta terpakai dan bas.
Pada
tahun 1958, ketika bercuti di metropolitan Jepun, beliau mengatur perjumpaan
bersama Mr.Soichiro Honda untuk membawa motosikal Honda Super Cub ke Malaysia. Dia percaya
bahawa mesin berkos rendah, amat berkesan akan mendapat pasaran yang meluas
dalam kawasan yang semakin maju di Malaysia.
Sehingga
kini Boon Siew Honda masih gah dinegara kita sebagai pengeluar motorsikal
utama di negara kita. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil.
Lihatlah
kejayaan yang dicapai olehnya, seorang yang susah sewaktu zaman kanak-kanak
namun berjaya mencipta nama sehingga ke hari ini. Setiap kejayaan pasti ada
perngorbanan yang dilakukan. Oleh yang demikian janganlah mudah berputus asa
dalam apa jua yang diusahakan. Harap kisah Loh Boon Siew ini boleh dijadikan
sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

Dipetik
oleh:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew
No comments:
Post a Comment