Wednesday, 27 September 2017

Jenis-jenis Motosikal di Malaysia Yang Menjimatkan minyak

Jenis-jenis Motosikal di Malaysia Yang Menjimatkan minyak

Tidak hairanlah zaman ekonomi sekarang ini pembeli gemar memilih motor yang lebih menjimatan minyak. Disamping itu jugak harga minyak dunia yang semakin meningkat juga salah satu faktor pembeli akan memilih motosikal yang lebih menjimatkan minyak . Pembeli juga perlu mengambil tahu motosikal yang lebih efisien dalam penggunaan minyak. Admin nak berkongsi 9 jenis motosikal di Malaysia yang harus dibeli pengguna mengikut pengunaan minyak:

Hasil carian imej untuk yamaha fz 150i

1) Yamaha FZ150i
Admin pernah menggunakan motor jenis ini suatu ketika dahulu untuk perjalanan ke tempat kerja sejauh 80-90km setiap hari. Motor ini ber CC 150 Enjin liquid-cooled SOHC(admin xpasti maksud dia) dan tangki berkapasiti 12liter. Motor ini agak mahal berbanding motor lain yang jimat minyak. Motor ini jugak ada cut off untuk kelajuan. Admin pon dah lupa top speed dia. Mungkin dalam 120-130km/j. Tetapi ia agak jimat minyak iaitu sebanyak 2.6liter/100km. Admin pernah bawak dari Kuala Lumpur ke Johor Bharu kena isi dua kali di perhentian dengan top speed 120-130km/j.

Imej yang berkaitan
2) Honda MSX125
Motosikal ini berkuasa 125cc. Kapasiti minyak untuk motor jenis ini adalah 5.7l dan penggunaan minyak adalah 2.2liter/100km dan boleh mencapai sehingga 250km bergantung pada cara pemanduan. Ia agak sporty dan berkuasa. Top speed admin xpasti.

Hasil carian imej untuk Yamaha 135Lc
3) Yamaha 135Lc
Diantara yang digemari oleh pembeli untuk memilih motor jenis ini. Kebanyakan mereka memilih kerana bentuk motor yang sporty. Penggunaan minyak untuk motor ini juga jimat iaitu 2.2liter/100km dan boleh bergerak sejauh 181km. Kapasiti untuk minyak adalah 4 liter. Motor ini berkuasa 134cc. So berbaloi dengan rekabentuk dan juga penggunaan minyak, maka ramai pengguna memilih untuk menjadikan ia sebagai pilihan kebanyakan penunggang.

Hasil carian imej untuk Modenas GT128
4) Modenas GT128
Modenas adalah jenama keluaran Malaysia dan diantara motor yang menjimatkan minyak.Enjin berkuasa 130cc dan kapasiti minyak 4.3liter. Penggunaan minyak bagi motosikal ini adalah 2.1liter/100km dimana ia lebih menjimatkan minyak berbanding motosikal yang lain.

Hasil carian imej untuk Suzuki Smash V115
5) Suzuki Smash V115
Motosikal ini mempunyai enjin berkuasa 115cc dan berkapasiti minyak 4.3liter. Penggunaan minyak untuk  motosikal ini adalah 2.0liter/100km dan boleh bergerak sejauh 215km sebelum mengisi minyak semula.

Hasil carian imej untuk Honda Wave alpha
6) Honda Wave alpha
Motosikal ini berkuasa 125cc dan kapasiti minyak adalah 3.7liter. Penggunaan minyak adalah 1.9liter/100km dimana ia mampu untuk bergerak sejauh 184km.

Hasil carian imej untuk Honda WaveDash Fi
7) Honda WaveDash Fi
Motosikal ini berkuasa 109cc dan kapasiti minyak adalah 4liter. Motosikal ini diantara yang paling jimat minyak berbanding motosikal yang lain iaitu penggunaan minyak adalah 1.8liter/100km.

Hasil carian imej untuk Honda Future Fi
8) Honda Future Fi
Motosikal ini berkuasa 125cc dan kapasiti minyak adalah 5.4liter. Penggunaan minyak adalah 1.9liter/100km dimana ia mampu untuk bergerak sejauh 300km.

Hasil carian imej untuk Honda Ex5 Dream
9) Honda Ex5 Dream
Motosikal ini merupakan yang paling menjimatkan jimat diantara motor yang lain kerana penggunaan minyak adalah 1.8liter/100km.Ia mampu bergerak sejauh 230km sebelum perlu diisi semula. Dengan harga yang berpatutan ia amat berbaloi jika dibeli oleh pengguna pada waktu ekonomi yang melanda negara kita. Motosikal ini berkuasa 110cc dan kapasiti minyak adalah 4.3liter.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil untuk menjimatkan penggunaan minyak bagi sesebuah motosikal:
1) Enjin perlu diservis sentiasa mengikut masa yang telah ditetapkan
2) Memandu kelajuan secara tetap dan tidak terlalu laju
3) Kurangkan berat yang dibawa sewaktu memandu
4) Tekanan angin tayar mengikut spesifikasi yang ditetapkan

No comments:

Post a Comment

2 stroke atau 4 stroke???

Perbezaan motosikal 2stroke atau 4 stroke...(2 lejang atau 4 lejang) Enjin motosikal terbahagi kepada dua iaitu 2 lejang (2stroke) atau 4 ...