Enjin motosikal terbahagi kepada dua iaitu 2 lejang (2stroke) atau 4 stroke - enjin pembakaran dalam(Internal Combustion Engine) ICE adalah sejenis enjin yang pembakaran bahan api dan pengoksida (biasanya udara) berlaku dalam ruang terbatas yang dipanggil kebuk pembakaran.
2 Stroke (2 lejang)
Enjin dua lejang mempunyai prinsip pengendalian dengan melengkapkan keempat-empat proses (masukan, mampatan, kuasa dan ekzos) yang dilakukan pada enjin empat lejang dalam setiap dua lejang, ataupun setiap satu putaran enjin sahaja. Ia dilakukan dengan menggunakan bahagian permulaan lejang mampatan bagi melaksanakan fungsi lejang masukan dan ekzos secara serentak. Dengan ini, enjin dua lejang menghasilkan kuasa spesifik yang lebih tinggi. Dari segi pelinciran, enjin petrol dua lejang memerlukan minyak pelincir khas yang boleh terbakar, dikenali sebagai minyak 2T disebabkan operasi kitar dua lejang turut melibatkan ruangan dalam kotak engkol, tidak seperti kotak engkol enjin empat lejang yang terasing sepenuhnya daripada kebuk pembakaran.

Enjin dua lejang beroperasi dengan hanya dua lejang,
1) Kuasa/ekzos - Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api terbakar, menyebabkan gas pengembangan mengembang dan memaksa omboh turun ke bawah
menghasilkan kuasa pada enjin. Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga membuka liang masukan dan liang ekzos, gerakan omboh ke bawah memaksa campuran udara-bahan api-pelincir yang segar masuk ke dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.
2) Masukan/mampatan - Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di dalam kotak engkol menjadi rendah,
membolehkan campuran udara-bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke dalam kotak engkol melalui satu injap dedaun. Campuran udara-bahan api-pelincir termampat dibakar,
dan kitar dua lejang berulang.
Minyak 2t
Minyak enjin dua lejang (juga dikenali sebagai minyak dua lejang, minyak 2 lejang atau minyak 2T) adalah minyak enjin khusus bagi kegunaan enjin dua lejang
motosikal berkapasiti rendah, skuter, kapcai dll. Oleh kerana enjin ringan ini tidak mempunyai takungan minyak enjin bagi mengumpul dan mengitar semula minyak pelincir
seperti pada enjin empat lejang, minyak 2T perlu dicampur bersama-sama dengan minyak petrol untuk diedarkan secara menyeluruh di dalam enjin bagi tujuan pelinciran.
Minyak dua lejang kemudiannya akan terbakar bersama-sama dengan minyak petrol, menghasilkan gas ekzos dengan asap kebiru-biruan dan bau yang mudah dikenali.
Bahan asas minyak pelincir ini adalah sama ada minyak mineral, semi-sintetik or sintetik sepenuhnya dan dicampurkan dengan petrol mengikut nisbah.
Diantara motosikal 2 lejang:
4 Stroke (4lejang)
Tindakbalas eksotermik ini menghasilkan gas pada suhu dan tekanan tinggi yang dibenarkan. Enjin pembakaran dalam berfungsi dimana gas panas yang berkembang yang bertindak
secara langsung untuk menggerakkan bahagian-bahagian enjin yang pejal. Istilah "enjin pembakaran dalam" bermaksud enjin yang pembakarannya adalah sekejap-sekejap.

Enjin pembakaran dalam 4 lejang mempunyai 4 langkah asas yang berulangan setiap 2 revolusi enjin tersebut :
(1) Lejang masukan/sedutan (2)Lejang mampatan (3) Lejang kuasa (4) Lejang ekzos
1. Lejang masukan : lejang pertama dalam enjin pembakaran dalam juga dikenali sebagai lejang sedutan kerana piston bergerak ke kedudukan isipadu maksimum
(arah menurun di dalam silinder). Hasilnya, aci sesondol menekan ke bawah pada punca injap dan menyebabkan injap masukan terbuka, dan campuran bahan api mengewap memasuki kebuk pembakaran. Injap masukan akan tertutup pada akhir lejang ini.
2. Lejang mampatan : Dalam lejang ini, kedua-dua injap adalah tertutup dan piston memulakan pergerakannya ke kedudukan isipadu minimum (gerakan ke atas di dalam silinder) dan memampatkan campuran bahan api tersebut. Ketika proses mampatan, tekanan, suhu dan ketumpatan campuran bahan api tersebut meningkat.
3. Lejang kuasa : apabila piston sampai ke satu kedudukan hanya sebelum kedudukan tengah tertinggi (top dead center), palam pencucuh akan menyalakan campuran bahan api tersebut. Kedudukan di mana bahan api dinyalakan berbeza-beza mengikut enjin; biasanya ia adalah lebih kurang 10 darjah sebelum kedudukan tengah tertinggi. Pengembangan gas ini terjadi akibat penyalaan bahan api menghasilkan kuasa yang dipindahkan ke mekanisme aci engkol.
4. Lejang ekzos : Pada pengakhiran lejang kuasa, lejang ekzos terbuka. Ketika lejang ini, piston akan memulakan pergerakan ke kedudukan isipadu maksimum. Injap eksoz terbuka membenarkan gas eksoz untuk lepas daripada silinder. Pada pengakhiran lejang ini, injap ekzos tertutup, injap masukan terbuka, dan turutan ini akan berulangan pada kitar seterusnya. Enjin 4 lejang memerlukan 2 revolusi.
Diantara motosikal 4 lejang: